|

Radikal
bebas punca sakit kronik*
SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan
dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
Malah,
kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana
ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis
dan kanser.
Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal
bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas
ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.
Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada
molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana
ia tidak lagi stabil.
Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron
daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.
Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.
Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal
bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:
Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng
dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).
Minuman beralkohol.
Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan
3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon
endokrin menghasilkan radikal bebas.
Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
Sinaran ultra ungu.
Pencemaran alam sekitar.
Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar
dikawal.
Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal
bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba
mencipta barangan mengandungi antioksidan.
Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus
atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron
atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.
Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas,
sekali gus melindungi kerosakan sel badan.
Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula
jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang
secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.
Inilah sebabnya kita disaran
mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
Bagaimanapun,
dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan.
Apatah dengan kaedah
penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.
*dipetik dari Harian Metro,
oleh Norlaila Hamima Jamaluddin



Kekurangan
oksigen dan badan berasid
Jelas badan manusia hari ini tidak berfungsi dengan berkesan disebabkan
kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen yang kronik, atau keadaan anaerobik, pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan
toksin berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem kita, menjadikannya tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid di dalam badan manusia adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik boleh menyebabkan
mutasi sel.



|
|
Ramai penyelidik dan pakar perubatan bersetuju bahawa pertahanan
terbaik terhadap bakteria, virus dan penyakit kronik adalah badan yang beralkali. Keseimbangan pH badan adalah pertahanan
pertama bagi sistem imun anda. Semakin ramai saintis mendapati bahawa bakteria, virus, fungi dan juga sel kanser dapat membiak
dengan pantas dalam darah berasid tinggi, tetapi tidak dapat hidup dalam persekitaran alkali yang sihat. Jadi tahap pH yang
ideal bagi badan manusia dan darah adalah antara 7.35 dan 7.45. Badan kita juga akan menjadi berasid daripada cara hidup yang
berasid seperti cara pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, tekanan yang tinggi dan juga kekurangan tidur.


Tidak dapat dinafikan, minuman dan
makanan yang kita ambil seharian sudah kurang nilai khasiatnya. Mengikut kajian, manusia memerlukan sekurang-kurangnya
60 jenis zat galian disamping pelbagai vitamin. Kehadiran zat galian yang mencukupi adalah pemangkin kepada pelbagai aktiviti
yang dilakukan oleh vitamin-vitamin di dalam badan. Dengan kata lain, badan perlu dilengkapkan dengan zat galian sebelum
kita berfikir panjang tentang pengambilan vitamin. Persoalannya, mengapakah pengambilan vitamin-vitamin lebih dititikberatkan
daripada pengambilan zat galian ? Mungkin kerana zat galian sukar didapati. Hakikatnya, kita telah banyak kehilangan
zat galian ke dasar lautan akibat penggunaan tanah yang tidak seimbang.


|