Make your own free website on Tripod.com
Pembuka bicara | Mengenali Punca-Punca Penyakit | Cellfood & Testimoni | Bukti ujian saintifik dan keselamatan cellfood | Keratan akhbar tentang penyakit & kesihatan | Lain-lain Pemakanan Kesihatan | Hubungi Kami/ Soal-Jawab Kesihatan | Berminat dalam Perniagaan Kesihatan? | Maklumat Kesihatan dan Penyakit

KEHIDUPAN DAN KESIHATAN

miaw1.jpg

       Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.

       Sudah tentu apabila anda membuka laman web ini, anda semestinya sedang mencari suatu jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berkaitan masalah kesihatan. Bila bercerita tentang kesihatan, perkara yang paling menggerunkan ialah apabila anda disahkan menghidap sesuatu penyakit yang sukar diubati seperti kanser dan sebagainya.

      Walaupun sekarang ini terdapat pelbagai cara rawatan menggunakan teknologi moden, penyakit yang ada pun seolah-olah semakin kebal dan berleluasa. Ramai yang kita dengar menghidap penyakit lebih daripada satu jenis. Dah jadi macam kopi pula, ada 5 dalam 1 dan sebagainya. Mengapa ini semua masih berlaku di zaman yang moden ini?

      Bila datang sakit kepala, kita mesti teringat untuk makan ubat penahan sakit kepala. Bila batuk, kita makan ubat batuk. Bila selsema, kita makan ubat selsema.

      Adakah semua ini merawat penyakit yang kita alami ? Sama-sama kita fikirkan.... Ubat-ubat di atas tadi sebenarnya hanya merawat GEJALA penyakit yang ada dalam diri kita tetapi tidak merawat PUNCA penyakit itu. Masalahnya, tidak mudah untuk kita mengenali punca-punca penyakit terutama jika kita terlalu taksub dengan kandungan buku-buku teks perubatan moden yang menyatakan bahawa banyak punca penyakit tidak dapat dikenalpasti / Idiopatic. Disebabkan mungkin kita malas atau sombong dengan sedikit ilmu yang Tuhan berikan, kita menutup pemikiran kita kepada pendapat orang lain dan tidak mahu MENGKAJI tentang kejadian punca penyakit.

       Saya tertarik dengan kata-kata seorang saintis yang hebat suatu masa dahulu, Albert Einstein :  " Science is NOT all about LOGIC / Ilmu sains bukanlah segala-galanya berkaitan sesuatu yang logik". Begitu juga dengan penyakit. Pada pendapat saya, untuk menangani atau mencegah penyakit, kita perlu banyak mengkaji dan berfikiran terbuka  tentang kaedah-kaedah merawat PUNCA penyakit.  

      Di dalam Kitab Suci Al-Quran, banyak diceritakan tentang kejadian kehidupan yang berpasang-pasangan. Tuhan tidaklah zalim kerana sebelum diturunkanNya Penyakit, Dia turunkan dahulu Penawarnya. Kita sebagai hambanya hanya perlu mencari di mana penawarnya. Untuk mencari penawar, kita perlulah ada ilmu. Untuk mendapat ilmu, kita tidak boleh terlalu ego dengan pendapat kita sahaja...

      Di laman web ini, saya mahu berkongsi dengan anda semua sedikit ilmu yang Tuhan telah berikan kepada saya. Diharap ruangan ini dapat memanfaatkan anda semua. Anda boleh mengikuti setiap halaman satu persatu mengikut aturan atau terus pergi ke laman yang dikehendaki dengan menekan ikon di atas. Di laman web ini juga saya sertakan link-link yang berguna berkaitan kesihatan dan penyakit. Sila tatapi laman web ini dengan hati yang terbuka dan kongsikan kebaikan ini dengan rakan-rakan anda. Kepada anda yang berminat dan tidak mahu melepaskan peluang di dalam usaha kami ini, silalah hubungi kami melalui talian yang tertera. TERIMA KASIH...  

     

 

 

miaw1.jpg

 

 

 

 

DR AMIR : 017 242 2407